Feeds:
Posts
Comments

Sistem Perparitan Mini

Image Hosted by ImageShack.us

Leaking kat rumah kami ni dah xdapat nak dibaiki agaknya…tuan rumah dah 2 kali repair masih bocor lg…mungkin org rumah atas membuang kuat sgt sehingga mengakibatkan keretakan baru…

Image Hosted by ImageShack.us

Mengalir tak henti2…

Image Hosted by ImageShack.us

Hari2 nak kena lap…kadang2 bior aje…heheh

Image Hosted by ImageShack.us

Pikir punya pikir…dapat 1 idea…sediakan alatan…dgn kos yg jimat….

Image Hosted by ImageShack.us

Fasa 1…

Image Hosted by ImageShack.us

Haaa untuk dialirkan terus ke baldi…tak payah susah2 nak kena lap kat lantai…

Image Hosted by ImageShack.us

Fasa 2…

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Haaa kretip tak?hehehe

Image Hosted by ImageShack.us

Fasa 3…

Image Hosted by ImageShack.us

Tiada lagi kain pengelap…happy ending!!!

Antara Dua Dunia…

Kokocrunch

Dia sarapan koko crunch…

Ubi

Aku sarapan ubi je…

Hehehe…tp ekceli…ubi tersebut lebih mahal dr koko crunch di atas…kekeke

Opocot!

Aku plan nak balik kg jumaat malam…lepas abis kije nak terus gerak la…masa tu tak terfikir plak bahana2 yg boleh menimpa kalo blk sorang2 mlm2…sehinggalah sorang kakak ni bersungguh2 pesan “eh jgnlah awok…ajoklah teman…bahaya blk sowang2″…aku cuma mengerutkan dahi…tup tap tup tap…aish pesanan td mengganggu konsentrasi aku….aku pun ty pakcik google…soalannya berbunyi…

“kisah hantu di jabor”
“cerita hantu jalan jabor”

huhuhu…terbaca la satu dua kisah…soram jgklah…tetiba rasa cuak…tp kuatkan diri…tup tap tup tap…heheh…tetiba je ada halangan…xdpt balik jumaat malam sabtu…tkr plan…blk keesokan harinya…tghr…esoknya…byklah pulak hal diantara waktu nak bertolak…bak kata mak aku…ketuh ketah ketuh ketih…dah pukul 4…ketuh ketah ketuh ketih…kul5 baru nak gerak…ketuh ketah ketuh ketih…kul6 baru sampai tol gombak…kemudian…memecutlah aku dgn seceput-ceputnya…

eh sedap pulak goreng pisang pakcik ni…heheh iklan jap…(makan goreng pisang sambil conteng2 blog)

dah masuk LPT senja berlabuh malam menyinsing stesen hot.fm pon dah xde siaran…aku pon pasanglah cd yg dirancang…pasang cd yasin…perjalanan diteruskan…tanpa ada gangguan…selepas exit kuantan…yakni 10km ke exit jabor…aku cari2 teman yg bwk 110~120km/j…aku ikut je belakang 1 kereta tu…sampai 1 tmpt jalan sedikit menaik…aku sedikit ketinggalan…kereta di hadapan tak kelihatan…ketika itulah terdengar jeritan perlahan dicelahan bacaan yasin…tidak…tidak…tafsiran anda salah…aku tidak ter”opocot” masa tu…aku masih cool…aku tidak cuak…aku anggap itu satu kebetulan…aku tidak menggelabah walopon dgn pantasnya aku picit button o/d vroooommm pecut semaksima mungkin kejar blk kete td…heheh…cuak gak seposen…tp tak difikirkan sgt…mungkin aku terkentut dan terkejut akan bunyi kentut sendiri…

setiba di halaman rumah…adoi…gelapnya…lampu jalan dah lama x nyala kat situ…lampu dpn rumah pn dorang x bkk…aku pon kuar kete menuju ke tangga…pada masa aku memijak lantai simen yg berpasir…prap prap…serentak itu ada sepasang kaki lg memijak simen tersebut dan prap prapnya xjauh dari aku…tidak…tidak…aku belum ter”opocot”…aku masih cool…naik tangga dgn tenang…ketuk pintu…”knock knock knock”…aku ketuk pintu dlm bhs inggeris…”knock knock knock”…dahi hampir berpeluh…kemudian pintu pn dibkk…ye aku tidak pandang belakang…walopon gelap xnampak apa…”knp x bkk lampu luar?” ty aku…”eh td nyala” jawab maknya…hehehe…kebetulan…pastu…tidooooo….zzzz…

esoknya…dari pg sampai petang…duk ulang alik beli brg2 persiapan…beli mentol baru utk lampu luar sekali…mcm terbakar sbb dah hitam2 hujung dan pangkalnya…petangnya…punyalah sibuk…sampai xsempat mkn…cari2 tangga nak tukar mentol…alahai tangga xde…xjadi tkr mentol…tup tap tup tap main bkk ttp suis…miracle tidak berlaku…lampu tetap xnyala…hampa…terus g mkn…dah abis makan…dah nak masuk maghrib…pecut ke marang beli kopok keping yg dikirim opismek aku…dah beli kopok keping…gi cari kopok sire lak…singgah la satu kedai…lepas beli kopok sire…aku pusing nak ke kete…tetiba dah ada kucing hitam depan kete terus mengiau2 (mcm nak gaduh dgn kucing lain) sambil tgk aku…huhu…cuak seposen…maghrib kucing hitam mengiau kat aku…aish…kebetulan betullah…pastu balik…

sampai rumah…aiksss…lampu luar elok je menyala…hehehe…”sesuatu yg tak disangka…sering kali mendatangi kita…mungkinkah suratan…atau kebetulan~~~~”…kebetulan…lupa tutup suis kot…heheh…main2 dgn suis sgt td…kan dah nyala…heheh…tak…yg ni xrasa pape…rileks je…

dlm kul9…aku pon bergerak ke kuantan…amek abg aku dia nak tumpang ke kl…seperti biasa…pasang cd yasin berulang2…sampai di semambu…ah aku rasa nak dgr lagu la plak…heheh…dah sampai kan…dah rasa secure…pasang la lagu “umpama mimpi dalam mimpi”…aku tunggu abg aku kat shell semambu…

aku xduk dalam kete…saje…duk dpn stesen…menyadar kat bucu dinding…sambil tunggu abg aku sampai…aku pon layan sms jap…tgh tup tap tup tap…tetiba suara aweks menyergah ketelinga aku…”hi sayang”…aku punya terkojut boruk terus terlompat hampir2 bkk langkah seribu…aku check sebelah dinding…hua hua xde sesape kat situ…zingggggg!!! kebas kejap kepala…heheh…ye betul…yg ni mmg aku ter”opocot” abislah…malu gak seposen dgn org2 yg tgh isi minyak…xpasal2 melompat nak lari…hoho…xpelah…puaslah kot hati dia last2 dapat usik gak…kebetulan2 dlm cerita di atas sume tu difikirkan balik lepas aku di”hi sayang”kan…kalo tak…luput mcm tu je cerita tu…

tapi masih ada yg lebih seram…seram gila baban adi kala nira…sampai je kl…kul 3 pagi…tiba2 perut aku memulas…penangan tom yam putih…warghh…kalut cari parking xtahan dah…hoho seram…yg paling aku seram…takut xsempat sampai tandas…heheh…akhirnya selamat…semua selamat…xde apa2 yg berlaku…

TAMAT

Kisah-Kisah

Kisah 1

Perbualan di antara aku, budak darjah 1 (abang), budak tadika (kakak)…

aku : kakak kat tadika belajar apa?
kakak : ….. (diam xtau nak cakap apa)
abang : belajar sains belajar matematik (jawab abang)
aku : tadika mana belajar sains & matematik abang…abang belajar apa kat sekolah?
abang : belajar sains belajar matematik…
aku : sains belajar apa…
abang : kadang2 pasal tumbuh2an…kadang2 pasal haiwan…
aku : belajar dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu?
abang : belajar dalam bahasa englishhhhh….
aku : ooooo terer english la ni….kucing dalam dalam bahasa inggeris apa?
abang & kakak : catttttttt…
aku : wah kakak pon terer…singa dalam bahasa inggeris apa?
abang & kakak : lionnnnnn…
aku : kalau harimau?
abang & kakak : tigerrrrrrr…
aku : kalau harimau makan nasi dalam bahasa inggeris apa?
abang & kakak : …….. (terdiam)
aku : makan dalam bahasa inggeris apa?
abang : tak tau…
aku : eat la….kalau nasi?
abang & kakak : riceeee…..
aku : jadi tiger eat rice la…..

tiba2….

kakak : kalau harimau makan biskut dalam bahasa inggeris apa?
aku : harimau mana makan biskut kakak… (sambil tergelak kecil)
kakak : ada…biskut tiger….
aku : keh keh keh (terkena dgn budak tadika)

Kisah 2

Baru balik dari johor…pegi balik hari…penat wooo…sampai rumah aku pon nak basuh baju dalam beg aku…basuh sekali baju kotor kat rumah…tunggu 48 minit…mesin basuh siap…bukak mesin basuh nak sidai…ala baju dalam beg lupa masukkan….”ah basuh esok la plak”…esoknya on mesin basuh…taruk sabun….start….gung gang gung gang mesin basuh 48 minit….siap…bukak mesin nak sidai baju…alahai…lupa masukkan baju…mesin kosong…adeh

Kisah 3

Sambil driving…

aku : city tu walaupon dah pakai skirt tetap tak cantik….
tunangku : ….. (diam)
aku : ….. (diam sbb tunang aku diam…xde respon)
tunangku : ….. (masih diam)
aku : ….. (sama)
tunangku : ataghfirullahal’azim…ingatkan “siti nurhaliza walaupon dah pakai skirt tetap tak cantik” rupanya “honda city baru tu walaupon dah pakai skirt tetap x cantik”
aku : (lupa aku cakap apa masa tu)

Seram???

Aku dah pindah rumah baru…mula2 aku pindah masuk rumah ni…aku terpaksa tido kat ruang tamu…sebab bilik yg aku nak masuk tu belum kosong…budak yg nak kuar tu belum kuarkan barang dia…sebagai mukaddimah cerita n nak dijadikan cerita…budak tu dah berbulan tak balik tido kat bilik tu…tapi…ia tidaklah menimbulkan tanda tanya dari aku…

Selepas budak tu keluarkan barang2 dia…aku pun pindah masuklah bilik baru aku…happy…dah dapat bilik…first nite tido bilik tu…ada sikit rasa xselesa…xsama dgn first nite tido kat rumah kg.baru dulu…n tak sama ngan first nite tido kat blok sebelah dulu…bilik2 yg dulu langsung x terlintas rasa x selesa…

Malam ke 2 3 4 5 dan seterusnya…tido asyik terbangun…kejap2 terbangun…bila terbangun…rasa pandangn berbalam2…mcm ada bayang…tapi kejap jelah…normallah…mula2 celik mata…begitulah tiap2 malam hinggalah malam ini…

Aduh…potong stim betullah…nak membuang jap…jap lg sambung…
…..
…..
…..
Huhu…xbest betullah membuang dalam seram ni…huhu…okeh sambung cerita…

Malam ni…aku tido lewat sikit…dalam kul 2.30pg…aku malas nak shutdown laptop so aku lipat je laptop tu sket…pastu aku tutup lampu…bilik terang sikit dengan cahaya dari skrin laptop…then aku pon baring atas katil…aku pon atur posisi nak tidolah ni…dah siap posisi tido…tiba2 aku notis ada bayang2 pergerakan aku kat dinding masih bergerak n berhenti lambat sikit…

Aku tgk bayang tu lama2…”Hmm macam tangan aku”…aku pon gerak2kan tangan aku…tapi bayang tu xbergerak…lepas aku berhenti gerakkan tangan…tetiba bayang2 tu bergerak sekejap then berhenti…aish aku x puas hati…aku gerakkan kaki gerakkan tangan…bayang tu xgerak…tapi bila aku berhenti…dia gerak…

Aduh…bayang aku yg mana plak ni…aku pon bangunkan badan aku…bayang tu gerak ke belakang…aku toleh..cuma ada bayang2 kepala aku…”Ooooo bayang2 kepala aku rupanya”…aku pon baring balik…dah siap posisi tido…bayang2 tadi gerak lagi…

Kali ni aku betul2 xpuas hati….aku bangun berdiri cepat2…WARGGHHHHHHHHHHH!!!!ada satu bayang2 ikut pergerakan bayang aku…aku berdiri dia berdiri…bayang2 tu bersembunyi belakang aku…bayang tinggal satu….TAPIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!bayang2 kepala aku ada dua….WARGGGHHHHHHH!!!!pastu pelan2 bayang2 kepala tu bersatu dgn bayang2 kepala aku…ARGGGHHHH!!!!!

Solution please solution please!!!!!!!!!!!

TING!!!!!!! aku dapat satu idea macamana nak hapuskan dia…

TAP!!! aku bukak suis lampu…hahahaha…bayang2 tadi hilang terus…padan muka…nak mengusik aku sangat….huhu…

Yeah bayang2 sudah hilang…tapi…aku yakin…bermula malam ni n 2 3 malam berikutnya aku akan tido dgn lampu bernyala…n maybe aku fobia dgn bayang2…huhuhu…n malam ni…xsure dapat tido tak…mata dah terang benderang…xde rasa mengantuk sekelumit pon…huhu…

Kepada en.bayang2…silalah berambus dari bilik ni kerana sy yg bayar sewa bilik ni…bilik ni bilik sy…sila berambus ye…

Selamat Malam…

Entahlah…

Dari Tadi Aku Bukak Blog,
Hendak Mengarang Cerita ‘Entahlah’,
Sudah Sepagi Mengadap Laptop,
Satu Perenggan Tak Sudah Sudah.

Dulu Kat Sini Tempat Meluah,
Sekarang Cuma Boleh Dipendam,
Kepala Pening Macam Nak Pecah,
Pandang Ke Depan Terasa Kelam.

Apa Nak Jadi Dengan Abeming,
Kerja Dah Malas Hati Dah Bosan,
Lebih Baik Menjadi Kambing,
Tapi Nanti Takutkan Hujan.

Sendu Terbuku Sakit Tertanam,
Hanya Di Hati Menjadi Coretan,
Ingin Membuku Sebuah Gurindam,
Tapi Bebelan Jadi Santapan.

Rasa Nak Cakap Tapi Tak Nak Cakap,
Karang Aku Cakap Rasa Tak Senang,
Tak Payah La Cakap,
Nanti Tak Tenang.

Selamat Tinggal Ayah…

Pada 18 Disember 2008 bersamaan 21 Zulhijjah 1429 jam 9.00 malam, Allahyarham Shaikh Abdul Rahim Ibnu Maimunah telah meninggalkan dunia untuk selamanya pada usia 71 tahun. Isteri pertama beliau juga meninggal dunia pada tahun yang sama iaitu pada 01 Oktober 2008 bersamaan 01 Syawal 1429. Mereka meninggalkan 9 orang anak. Allahyarham Shaikh Abdul Rahim juga meninggalkan seorang isteri kedua bersama dengan 8 orang anak. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Al-Fatihah