Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2007

Uuuuuuuuuuuuuuu…..aku sedey di pagi hari…..pagi tadi aku pakai suar mcm biase…sekali xleh nak butang…aaaa…aku ukur2 memerlukan 2 inchi tambahan….makaih…pinggang aku 32 dh sbelum ni…32+2=34…oh tidak!!! gila besar perut aku sekarang….ape dah jadi ni….uuuuuuuu….

Kes 1 :

Smalam aku jalan2 dekat ‘u’Setan…mase tgh syok window shoping…ade la 2 org mamat ni duk tgk2 aku pastu sengih2…pehal mamat nih, hatiku bertanya…aku pon cuba ingat2 balik kot2 membe lame…tp cam mustahil…sbb mamat2 ni muka cam bebudak lg….pastu terlintas difikiranku..”Alamak zip suar aku terbukak ke….”…cepat2 aku tgk zip suar….ok jek tade masalah…pening aku dibuatnya…aku pon ty membe aku yg jalan2 ngan aku sekali…dengan selambernye dia menjawab..”nko tu body kecik…tp perut besar”….uuuu benarkah ini atau aku yg perasan…..

Kes 2 :

Mase balik kije smalam adelah sorang ‘aweks’ duk amek survey pasal ape entah…passive money pebende ntah…lepas soal jawab…amek butir peribadi aku…bagi name….no fon…pastu dia ty job skang…dengan kerek aku jawab Software Engineer….”wow” awek tu ckp..ntah pape…padahal programmer gaji seribu nam jek…takde pe yg nak dibanggakan…then dia ty umo….aku pon jawab jujur 23…”Haa” awek tu terkejut sambil memandang aku dengan muka yang kaget…2 3 saat pastu baru dia menulis dengan normal semula…huhu…apekah ini…do i look older than my age???or…my perut indicate that i already have 2 or 3 childs….uuuuu another sad story…

……biaselah merapu meraban merepek merapok di pagi hari selasa……=)

Advertisements

Read Full Post »

Salam….ape kabo sume2…lama gua cuti…bapak gua masuk wad ler…hr ni baru masuk opis…xde ape yg nak dicitekan…slamat bekerja….=)

Read Full Post »

Pupuk Cinta Penuh Ikhlas

Original Post By : Noriah Idris From: Metro->Hati

Panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan mencurah di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui kasih dan sayang, membelai serta memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati.

Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Ada bijak pandai mengatakan, perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus apabila berhadapan dengan mereka. Terutama yang yang bergelar isteri, sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun, hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang banyak.

Bagi wanita yang memegang prinsip, ‘ada wang abang sayang, tidak ada duit abang melayang’, lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu wang, yang disayang itu kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman.

Ada juga yang mengatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang lalu ia berkait antara satu sama lain.

Sebenarnya wang sekadar dijadikan alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah.

Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sekiranya diutamakan nilai kasih dan sayang oleh suami atau isteri, tidaklah kita cepat melatah andai ditimpa musibah atau hidup dalam serba kekurangan.

Wanita kini lebih ramai yang sedar perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki pula, asal ada yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajai cinta walaupun mereka mampu melakukannya.

Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:

– Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

– Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

– Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

– Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

– Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

– Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.

– Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

– Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

– Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

– Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

– Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.

– Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

– Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

– Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

– Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

– Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

– Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

– Membanggakan kekasihnya depan orang lain.

– Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.

– Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

– Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

P/S: Gua takde 1 pon ciri-ciri ni…..=(

Read Full Post »

Am I Being Rude….

Being Rude all the time…am i?yeah maybe…am sorry MRS PERFECT…

Read Full Post »

Muvi Untuk Korang

Halu kawan2….smalam aku dah berjaya jadikan pc aku sebagai server melalui DSL (Digital Subscriber Line) yang aku subscribe dari TM Streamyx….tak ler susah sangat rupanya walaupon dia pakai Dynamic IP….heheh…cari jek Dynamic DNS (Domain Name Service) provider yg free…..melambak2 sekarang….pastu yang lain2 aku yakin korang tahu nak setup web server kt pc korang masing2….untuk meraikan kejayaan ntah hape2 ni…aku bagi can korang direct download beberapa muvi dari pc aku….haha…tapi sbelum tu, aku cadangkan korang pakai Orbit Downloader…better la dari IDM (Internet Download Manager)…yang paling best Orbit ni free…IDM namanye je kena bayar…tak habis2 dengan bugs…tensi gua…nah download Orbit dari sini, Download…..ni plak link nak download muvi, Abeming…ade muvi best ade yang tak best…yang lain2 aku dah burn kat dvd, malas aku nak copy balik…ni jela yg still ade kat pc aku….owh jangan lupa, walaupon aku bagi directory terus, korang jangan click selamber jek kalo nak download, bertahun ler ko nak tunggu dia respon, click kanan atas nama muvi, click Download by Orbit (X)….baru dia respon…sbb pada mase yg same aku bertorrent..so network slow ler…lagi satu subtitle english aku ade bagi sekali….pastu codec plak mesti korang tahu nak guna KLM Codec Pack….aku dah test download dari opis aku, sekitar 30=50KB/s…ok ler tu…heheh…lastly aku izinkan download sampai ujung minggu ni je…nanti aku buat dia jadi server bebetul pasni…maybe ujung minggu ni la…

One more lastly, Kepada yang pandai menghack tu, xpayah ler nak cuba2 hack sbb mmg mudah gila nak hack…juta2 port aku open khas untuk bertorrent…so kalo rase nak belajar hack sila pegi server lain….jangan nak nyusahkan aku….=)

P/S : ada p/s la pulak…heheh…jangan ler bagi kat membe2 korang link pc aku tu…kang sesak gegila bandwidth tak siap2 lak x-men 1, 2, & 3 aku tgh download tu….sekian…

Greet to : Abe Senok from http://forum.dikirbarat.net, banyak dia tlg aku smalam untuk memahami camane nak guna domain name sendiri nanti….ni bukan budak sains kom tp terer gila bab2 tenet…tenkiu a lots abe senok….

Read Full Post »

Walimatulurus….

Assalamualaikum…sahabat2 sekalian khasnya yg berada di KL, aku sebagai wakil menjemput anda semua untuk ke majlis perkahwinan Sharifah (Sha) dengan pasangannya Hailmee. Berikut adalah maklumat majlis perkahwinan tersebut…

Pengantin : Sharifah Binti Alias dan pasangannya Mohd Hailmee Bin Yahaya
Tarikh : Ahad, 19 Ogos 2007 Bersamaan 6 Syaaban 1428 H
Alamat : No. 13, Kampung Paya Besar, 8500 Segamat, Johor Darul Takzim

Berikut adalah peta lokasi dan kad2 jemputan.


Mereka2 yang dijemput hadir :

1. Odah


2. Rinie


3. Tz


4. Zulaili


5. Asmah


6. Fateen


7. Gen


8. Huda


9. Niki

Mereka2 dalam senarai di atas amatlah diharapkan dapat menghadirkan diri sebagaimana yang diminta oleh bakal pengantin…anda boleh menghubungi aku untuk mengambil kad jemputan masing2 daripada aku…sekian

P/S: Susunan mereka yg dijemput bukanlah berdasarkan priority, jangan nak kecik2 ati, gambar2 tu aku upload sekaligus, so aku pakai susunan yang blogger kasik….

Alamak, aku mintak maaf kepada sape2 yang xde kad sbb list aku yang bagi…maknenye akulah yg terlupa kat korang, ampun ya….

Pakcik, Farahrina, Marini, Ira, Ise, Lyn, Panda, dan Saad….anda juga dijemput hadir….just takde kad…ampun…ampun….

Read Full Post »


1. Intel Core 2 Duo 1.86GHz
2. 2GB DDR2 RAM
3. 320GB SATA3 Hard Disk


Lawo kan?


Yang paling penting LCD Widescreen 19″….Hahahahahaha…..

Read Full Post »