Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2007

Selamat Tinggal 2007

Hmm…2007 dah nak habis…aku cuba mengingat peristiwa-peristiwa penting 2007…tapi takde apa yang menarik berlaku sepanjang 2007…kiranya 2007 tahun bermula kerjaya aku…tu jela kot peristiwa penting…semoga aku terus maju…

Pada hari terakhir 2007 ni…takde apa2 yang special aku buat…sbb hari ni aku cuti…pagi sampai tengahari gi driving school…cuma tadi i hurt someone’s feeling…sorry…hmm malam ni aku akan habiskan sisa2 2007 sowang2 je kat bilik…mr. lonely…

Dah takde apa nak ditulis, Selamat Tinggal 2007…

Saje suka2 terpengaruh dengan mek president….

Your Sensitivity Score: 90%

You are an extremely sensitive person. You notice everything.
You’ve probably been called overly sensitive before, and it’s partially true.
Highly sensitive people tend to be highly intelligent. And you just can’t turn off that part of you.
Advertisements

Read Full Post »

Kepenatan…

Erghhh…hr ni masuk hr ke3 kelas driving…hr ni kena buat ujian kelayakan untuk amek test jpj…penat wooo pagi moto petang kete…mcm main badminton…berpeluh basah baju…hangit rentung dah…dah x encem dah (perasan)…heheh…

Smalam masuk hari ke4 aku hilang selera makan…adakah bila kita duduk sebelah org yg baru pregnant kita akan hilang selera makan?fuh aneh…aku makan kuat…4 hr lepas xleh nak makan…hr khamis mkn sarapan then dah ptg baru leh lunch…permulaan tu…jumaat sarapan je…masa lunch aku siap belanja kak nana makan kat subway tp aku sendri tak makan…hari sabtu pon sarapan je…xmakan sampai sudah…smalam tak sarapan…aku lunch…tp makan sikit…tak habis membazir…petang smalam lak tz ckp gerai char kiew tiaw dah bkk…aku pon gi makan…dia teman…biasa leh makan 2 pinggan…tp kali ni sepinggan tak habis…oleh kerana malu ngan tz aku telan jgk sampai habis…nak muntah haku…pastu kena habiskan separuh tz punya lak…uuuu tak habis aku…balik rumah pening2 nak muntah…hohoho…bgn pagi ni ape lagi…uncle jamban laaa…hahaha…hari ni semoga selera makan aku kembali…=)

Smalam lak mimpi ngeri…ngeri wooo…bila badan penat mmg mimpi ngarut2…skang ni dah la aku tgh belajar drive…smalam aku mimpi aku bawak anak2 yatim jalan2 naik kancil…tetiba ntah mane datang labah labah pegi sengat salah sorang budak…tetiba semua kalut termasuk aku…hhooo hhhaaaa hhiiii…vrooomm…kerete kancil ku berputar2 masuk longkang…aku berada diluar kereta…berdiri…ibarat roh sedang memandang jasadnya hancur dalam kereta…aku mati…isk isk isk…ape punya mimpi dah…buat aku lemah semangat nak drive hr ni…hahah

Hmm…bila lah aku nak ada camera sendiri…blog orang lain penuh ngan gambar2…blog aku penuh ngan tulisan jek…huhu…

End

Read Full Post »

Jumaat Itu…

Alhamdulillah…semasa hampir maghrib semalam, segala perasaan angau dan gila bayang lenyap secara tiba-tiba…hmm mcm tipu…tp itulah yang berlaku…heheh…aku sangat berasa lega dan gembira sekarang…hahah…2 post jiwang terpaksa aku buang kerana aku menyampah bila membacanya semula…=)

29, 30, 31, 1 haribulan aku ada kelas amali keta…yay! tak lama lagi lesen aku siap…heheh…mari memandu mari memandu mari memandu…

Read Full Post »

I Will Do It !!!!


I Will Do It….No Matter What!!!!

Read Full Post »

Hahaha!

Kisah 1

Hari ni kije aku ngan AS400 dah setel…gembira gila aku…punyalah gembira sampaikan sepanjang perjalanan aku balik dari serdang ke kg. baru asyik nak tersengih sorang2 je…mengelamun…sampai kg. baru naik lif…sampai tingkat 14 aku pon kuarkan kad kerja aku…sampai depan rumah aku pon touch kad kerja aku kat mangga pagar rumah aku…

Imagine jelah apa yang aku buat….=)

Kisah 2

Duk rumah xsampai 5 minit…membe2 db.net ajak makan kat dato’ keramat…huhu…teringat aku kenangan pintu lrt tak terbukak kat stesen situ…kali ni aku beringat…takut salah pintu…sampai dato’ keramat…nak ke kedai makan kena seberang jalan…aku pon pandang kanan…pandang kiri…pandang kanan…lintas…”kebushhhh!!!!”…aku dengan selambanya masuk dalam lopak air…basah takat buku lali…huhu…”cheret…cheret” bunyi aku berjalan…

Lain kali kena guna peraturan lain kalau musim hujan….

“Pandang Bawah…Pandang Kanan…Pandang Kiri…Pandang kanan…Lintas Jika Selamat” =)

Memang keramat la dato’ keramat…byk benda yg aku nak kena beringat…

Read Full Post »

Minggu ni adalah minggu yang sangat menyerabutkan otak aku…kisah antara 2 orang kawan aku yang kedua2nya dipanggil ‘D’…bermulanya keserabutan itu kerana ‘D1’…dan tamatnya keserabutan itu kerana ‘D2’…

Isnin lalu…D1 meYM aku “Mie…ko nak pindah tak?”…satu pertanyaan yang menarik minat aku…kerana aku dah lama plan dengan D1 nak sewa rumah sekali bila dia dah dapat kerja dekat KL…dan tempat yang nak di sewa adalah Vista Impiana di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.

Inilah apartment yang kami nak sewa tu…semua ada…gym…court badminton…swimming pool…dan yang membuatkan aku tergila2…sewa rm500 sahaja sebulan untuk kami share 3 orang…

Tempat tinggal yang sangat menarik…cuma 1…sangat jauh dari tempat kerja aku…oleh kerana sangat tertarik dengan apa yang ditawarkan…aku bagaikan nak gila fikirkan lesen yang masih belum siap, motorsikal belum ada dan deposit rumah tapi rumah nak kena masuk bulan 1…kalau tak orang lain sapu…

Fikir punya fikir…plan tu plan ni…nak hutang sana nak hutang sini…ahh pening…aku cancel…taknak pindah dulu…then ditawarkan pula sewa rm400…aku pon gila semula…pikir punya pikir…aku tolak semula…then ditawarkan pula sewa rm400 tak payah deposit masuk terus…semakin gila aku jadinya…berpuluh2 orang aku tanya pendapat…namun hanya temui jalan buntu…

Akhirnya…aku hilang arah…tak tahu nak buat keputusan…otak berserabut…ditambah pula pagi tadi aku dah ckp ngan ‘Sanggora Api’ yang aku nak pindah…tengah aku duk serabut datang dia kecoh2 nak bincang la apa la…makin serabut otak aku yang masih belum ada keputusan…hangin satu badan aku terus tengking dia kaw2…dan mula lah dia dengan pot pet pot pet yang tak berkesudahan…makin berkecamuk fikiran aku…

Duk termenung jap…aku tgk D2 online…aku pon berYM ngan dia…mengharapkan nasihat yang terbaik kerana D2 mmg seorang yang sangat matang perwatakannya…bercerita punya bercerita then ada la 2 3 nasihat yang best…

….
D2 : apehal bro, jgn camtu bro, kau bukan seorang je yg serabut otak dalam dunia ni. ramai lagi. mesti ade jalan, cume tak jumpa je lagi.
….
D2 : take 1 by 1 according to priority
….
D2 : aku rase kau habiskan lesen kau dulu. take 1 by 1 at a time
D2 : pindah tu hak kau. aku pun tak leh nak larang. tapi jgn la buat semua skali gus. memang pening kapla
….
D2 : camni la bro, aku rase kau kena borak-2 ngan ofis mate kau ke, ‘soul-mate’ kau ke, aku rase kau ni fikiran berterabur. take no offence
….
D2 : bro cuba la buat sesuatu. tengok movie, internet. cari awek <- hehehe (ni aku…bkn chat log)
….
D2 : ghilek le beghade <- phrase yang dia suka sebut…hari2…

Lepas sembang2 ngan dia…baru aku sedar…yang aku sedang membuat keputusan berlandaskan perasaan nafsu yang menguasai fikiran…bukan dengan perasaan nafsu yang dikawal oleh fikiran yang waras…nafsu amarah pada ‘Sanggora Api’…nafsu mahukan kesenangan dalam setiap segi…ikut nafsu lesu…ape dah jadi dengan aku ni…mana pergi pedoman aku selama ni…kena suruh someone lempang aku ni…baru terbangun dari tidur…

Maka dengan ini…aku batalkan niat berpindah…aku akan buat perkara satu persatu…

Read Full Post »

Aku Dah Hilang Sabar…

Kul 7.30am shelake tu masuk tandas…skang dah kul 8.10am lum kuar2 lagi…aku nak buang air kecil je nak siap2 pegi opis…mmg ****** la shelake ni…*******…*******…********….

nanti aku update kul brape dia kuar

——————————————————————————–

malaun sundal jahanam tu kuar kol 8.16am…8.16-7.30=46minit=GILER!!!!!!!!!!

——————————————————————————–

dari itu….masa tunggu tren…aku hantar sms kat dia….

“Kalau notis 2 bulan dapat deposit balik kn?Ni notis 2 bulan aku…bulan 2 aku pindah”

tiada lagi abang2…hahah…

Read Full Post »

Older Posts »