Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2008

Benar kata orang…penantian suatu penyiksaan…hari berlalu…minggu berganti…malam menjadi syahdu…siang menjadi sepi…segalanya telah aku berikan…segalanya telah aku usahakan…namun kau tetap diam seribu bahasa…tiada sepatah pun pesan darimu…tiada sebaris pun keputusan darimu…namun aku terus menanti…ucaplah sesuatu sayang…katakanlah sesuatu…nyatakan sudikah dikau…atau tidak sudikah dikau…Oh bank rakyat ku sayang…bila loan aku nak lulus ni…kalau tak lepas cakap la…lamanya…cakap 2 3 hari je…uuuuuuuu…uuuuuuuu…geram…=(

Khas untuk en. bank rakyat :

Kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi, tidak aku ternanti-nanti…

Advertisements

Read Full Post »

Err…

Err…hmm…alhamdulillah…akhirnya pakai domain + host sendiri…asyik baca blog membe2 mencari idea nak tulis apa hari ni…kucai…hari ni hari ahad…boleh la ko nak buat tajuk post gloomy sunday pon…heheh…tadi ada baca blog ecah…best nukilan dia…rasa macam nak copy n paste kat sini…tapi plagiat pulak nanti…hmm…apa2 pon tulisan tu boleh di kena mengenakan dengan aku…heheh (ngada2)…

Takde apa sangat nak tulis…nak paste “What’s Your Name’s Hidden Meaning?” terpengaruh dengan fateen n rinie

  • You are the total package – suave, sexy, smart, and strong.
    You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.You don’t always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don’t have as much going for them as you do. (now i know why it’s hard for me to find a girlfriend…not all peoples can afford to buy “full package” car, it’s expensive…hey, but i’m not expensive)
  • You are usually the best at everything … you strive for perfection. (hahaha…rasa nak belanja makan je kat orang yg tulis ni)
    You are confident, authoritative, and aggressive. (macam tak je…aku low confident la)
    You have the classic “Type A” personality. (camne tu???)
  • You are wild, crazy, and a huge rebel. You’re always up to something.
    You have a ton of energy, and most people can’t handle you. You’re very intense. (OMG…now i afraid of myself)
    You definitely are a handful, and you’re likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun. (so…who want to have troubles with me…hehe we can have a lot of fun together)
  • You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.
    You master any and all skills easily. You don’t have to work hard for what you want.
    You make your life out to be exactly how you want it. And you’ll knock down anyone who gets in your way! (hahaha…sape2 rasa nak makan kat kopitiam copy part ni n paste kat ym aku…cakap ni tulus dari hati ko)
  • You tend to be pretty tightly wound. It’s easy to get you excited… which can be a good or bad thing. (no komen)
    You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don’t stick with any one thing for very long. (true…just like my mom said…and just like my dad)
    You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start. (true)
  • You are loving, compassionate, and ruled by your feelings. (hah cepat sape nak jadi calon)
    You are able to be a foundation for other people… but you still know how to have fun. (entah…)
    Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them. (erk…)
  • You are a very lucky person. Things just always seem to go your way. (ya betul…syukur Alhamdulillah)
    And because you’re so lucky, you don’t really have a lot of worries. You just hope for the best in life. (yerla tu…)
    You’re sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it. (irma already book for it…haha)
  • You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience. (haaa baca tu bebetul…hahaha)
    You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along. (err…kot)
    But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it’s hard to get you to budge. (so true…damn…how do you know?)

Read Full Post »

Tak Dapat Tidur Laaa…

Entah apa lah yang bermain kat kepala aku…aku dah baring semenjak lepas isya’ tadi lg…manik-manik itu entah berapa dah pusingannya…tapi aku belum lena…aku bangun bukak lampu…tengok jam…hmm dah 2 jam aku baring…kenapalah tak lena2…bukak pintu bilik aku termenung di anjung…apa yang dimenungkan pun entah…banyak sangat yang bermain difikiran…serabut jadinya….

Menipu untuk men’cover’ something daripada orang yang kita rasa tak perlu tahu akan sesuatu hal adalah perkara biasa bukan?hmm…biasalah tu…menipulah sekiranya anda mengatakan “Oh aku tak pernah buat”…itu lagi teruk menipunya…heheh…tapi bila kita buat kat orang memang tak rasa apa2…sebaliknya rasa tenang kerana berjaya men’cover’…macamana pulak kalau kena kat kita?hmm kalau kita tak tahu tak apalah kan?tapi kalau kita tahu camana?kalau aku tahu aku ditipu camana?aduh…sesungguhnya aku sedang ditipu…heheh…tu je point aku…aku baru je ditipu…pedih jugakla rasa dia…tapi takpe…act cool…ni ke sebabnya aku tak lena tidur?hmm tak jugak….

Tak lama lagi aku nak buat high-end punya pc…aku duk fikir punya fikir…hmm mmg lah tu cita-cita aku masa belajar dulu bila dah kije nak buat 1 pc yang sangat power…tapi tu dulu…waktu tengah gila gaming…skang aku main game lagi tak?takkkkk!!!!…dah dekat setahun aku tak main game…kalau main pon spider solitaire tu ha…dah tu apa faedahnya aku nak buat pc baru yang power?jawapan dia adalah…tak ada faedahnya abeming…lupakan saja…ye…aku akan lupakan saja…aku dah tua…umo dah 24…aku cuma ada lagi 4 tahun sebelum masuk 28…ataupun 6 tahun sebelum 30…tapi 30 dah lambat sangat…kalau kahwin masa tu pon kena rush nak dapatkan anak…umo aku 40 anak aku baru umo 10 tahun…baru darjah 4…silap2 aku kena stroke…habis…kesian anak aku…eh apa aku nak cakap ni?takde pape…cuma…start la cari duit lebih dan mula menyimpan…jangan membazir ‘kotsey’….

2 benda ni je ke yang ko duk fikir dari tadi abeming?tak jugak…banyak lagi…banyak sangat…semua datang serentak…ada yang aku dah lupa ada yang aku ingat…hmm…life start at 40…apa tu?entah…macam2 pendapat…pening aku…ada orang takut…ada orang suka…aku pon tak tahu sangat pebende tu…aku cuma beranggapan yang orang takut tu maybe bermulanya middle age crisis pada umo 40…hahaha…yang orang suka?hmm bukan orang suka la…entah camane aku nak sampaikan maksud aku pon xtau camane…kira macam nilah…ada sorang pakcik ni cakap…life start at 40 ni kiranya macam masa tu kita dah complete…ada family…ada anak2…ekonomi stabil…ada rumah…ada kete…dan bla bla bla…aku tak hingat…kira kehidupan melalui peringkat kestabilan…bukan peringkat MENCARI…mencari tu macam2 lah…cari jodoh…cari harta…tapi tak semua orang dapat capai…

Eh banyaknya tulisan post aku kali ni…banyak plak aku membebel…dulu masa sekolah takde pun nak buat karangan panjang2…dah tua ni barula nak mengarang…mengade2…lempang je…sekian…

Read Full Post »

Ceritera…

Cerita 1

5/16/2003 – Cara orang normal membacanya adalah Enam Belas Haribulan Lima Tahun Dua Ribu Tiga…namun ketahuilah oleh anda seorang developer M*M*S yang sangat hebat telah membacanya sebagai Lima Haribulan Enam Belas Tahun Dua Ribu Tiga dengan penuh keyakinan didada tanpa ada rasa bersalah…mungkin ini adalah rahsia kehebatan mereka…aku siap catit dalam buku nota aku supaya aku tidak lupa…

Cerita 2

Pukul 6 lebey aku siap nak balik…tetiba ada sms sampai…aku baca dan reply dengan tangan kiri…seperti biasa setiap kali nak balik aku akan check poket seluar kanan dan kiri…poket kanan aku check ada tak kunci rumah…aku check poket kiri seraya berkata “alamak mana anset aku???”…(tanpa sedar aku sedang menaip sms…anset kat tangan aku)

Cerita 3

Cerita ni agak hebat…sampai stesen lrt masjid jamek…aku beratur belakang seorang wanita berjubah dan bertudung labuh…lrt sampai dia pon masuk…semua org bersesak2 tetiba aku terdengar wanita tersebut membaca “Subhanallah” berulang2…nak tahu apa yang hebat?takde orang pon mendekati dia sedangkan kat lain ketat gila…seolah2 membentuk bulatan di sekeliling wanita tu kosong xde orang…tapi kat lain xleh nak gerak…hoho taksub kejap aku…haha…(perasaan aku je kot…tapi mmg itu yang berlaku)

Read Full Post »

Pak Dogol Ke Pertapaan…

Hmm…start hari ni aku ada training sampai next week…xtau nak tulis apa…tapi rasa nak tulis…maka aku pun tulis…eh dah ada tulisan ni ha…tertulis jugak akhirnya…apa aku tulis ni…merepek je…sekian harap maklum…

Pak Dogol Berenang, Ke Pantai Lidur,
Berenang Kerana, Tak Ada Perahu,
Hatinya Orang, Lagi Dihibur,
Hati Sendiri, Tak Siapa Tahu…

P/S: Jangan ko nak marah plak tz…aku tak tahu nak tulis apa…berpantun je la…

Read Full Post »

Ah kalau dah namanya lelaki pantang terpandang perempuan cantek mula la naik miang…hari ni aku terserempak seorang gadis cantek berbaju coklat bertudung coklat berseluar coklat kasut pun coklat err beg tangan xperasan lak kaler ape…oh sungguh matang cara pemakaiannya…dari stesen lrt aku seolah2 mengekorinya walaupun xdelah niat nak follow sbb dah mmg itu laluan aku hari2…ikut punya ikut rupanya2 gadis ini kerja dekat menara naluri jugak tingkat 21…wah budak biotek ni…huhu…i must find her…weh kepada sesapa yang kerja dekat menara naluri dan mengenali gadis tersebut sila hubungi aku ye…heheheh…aduh time aku nak mengarang ni la dia nak sakit perut…bongok betul la perut aku…nampaknya setakat ni sahaja…=)

Read Full Post »

…ku tanam padi, padi tak jadi, ku sangka lalang ganti meninggi, namun lalang langsung tak sudi…
…hampalah sudah si tuan bendang, tanah dibajak menjadi gersang, bukanlah padi tanah jelapang, musim tak tahu bilakan datang…
…mata terpejam tangan di dahi, haruskah dibiarkan musim yang ini…

Read Full Post »

Older Posts »