Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2008

Ceritanya bermula begini…aku beli tiket bas transnasional kat pudu…beli tiket ke ganu pergi dan balik…tapi tiket balik aku lupa nak mention yang aku nak naik dekat tepi jalan bukan dari stesen…aku mintak tukar tempat naik kat kaunter tu jgk dia cakap tak boleh…dia bagi aku no fon kaunter tiket ganu suruh tukar dari sana…aku pon kira takpelah…terus tukar dekat kaunter sanalah dah balik nanti…

Sabtu lepas aku pon pegi la kaunter tiket transnasional ganu…sampai kat kaunter aku pon cakap…”sy nak tukar tempat naik, sy nak naik dekat bla bla bla”…sambil bg tiket kat dia…pompuan kaunter tu pon amek tiket pastu dia cakap…”sekarang bas dah tak ambik org tepi jalan”…sambil pulangkan tiket kat aku…”oyeke” aku balas…aku pon balik ke kereta…duk cuba ingat2 balik…selalunya boleh je aku tukar tempat naik…sejak bila plak bas dah tak amek org tepi jalan ni…aku pon pegi balik ke kaunter…tapi aku ke kaunter sebelah…aku tanya “betul ke sekarang bas dah tak amek org tepi jalan, sy nak tukar tempat naik”…mamat tu amek tiket…lepas tu dia cakap “ni bas dua tingkat ni bang, bas dua tingkat tak amek org tepi jalan”…”oyeke” balas aku lagi…barulah aku tahu rupanya bas dua tingkat yg xamek org tepi jalan bukannya dah xamek org tepi jalan…minah tu malas nak layan la kot…

Ahadnya pepagi da terpaksa merempit ke stesen bas KT…merempit sambil menyumpah2 dekat kete2 yg slow…dah sampai sana…alamak sedara…aku xjumpa carik bas…bas kul10.30 aku sampai kul10.25…terkedek2 aku lari ke kaunter nak ty bas kat mana…sampai kat kaunter…alamak tiri…org yg sama jaga kaunter…xjadi aku nak ty…aku pusing2 carik bas jumpalah bas dua tingkat…hoho…naiklah aku dalam bas…

Pastu bas jalan…alamak jenab…bas problem la pulak…kejap2 mati enjin…hmm…da macam macam itik serati dah bas ni jalan…xlama pastu sampai la chendering…lepas traffic light chendering tetiba bas benti amek org depan balai polis chendering…dalam hati aku “agaknya driver bas punya sedara mara tu yg dia benti amek tu”…bas pon jalan lagi…sampai depan masjid marang…bas benti lagi…”aik…amek org lagi”…kat dungun dengan cukai pon sama…bas benti amek org jugak…shelake punya mamat n minah yg jaga kaunter tu…dah la pemalas…ngencing aku plak tu…hampagas betul…bukannya bas dah tak amek org ke bas 2 tingkat xamek org ke…tapi mangkuk jamban 2 ekoq tu yg malas…

Kepada management bas transnasional…sila amek tindakan dekat penjaga kaunter anda yang sangat pemalas tersebut…mereka adalah org yg jaga kaunter pada sabtu 2.8.2008 sebelah pagi, dan org yg sama pada ahad 3.8.2008…mereka2 ni 2 kaunter dari kanan selepas kaunter pertanyaan…bengang betul den…

Read Full Post »