Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2008

Jimat La Jugak :)

)

Jimat La Jugak 🙂

Hmm jimat la jugak…dari rm110 kepada rm87…jimat rm23…so sebulan jimat rm92…mintak2 turun lagi pasni…heheh

Advertisements

Read Full Post »

Smart Jem?

Smart Jem?

Smart Jem?

Huh harini smart jem…bazir rm2 n bazir masa kat dalam tu…hot.fm sepatutnya buat liputan sekali smart jem ke x…kita masuk smart sbb nak jimat masa…tapi kalo masuk smart, smart plak jem…bukan setakat rugi masa…rugi rm2…huhu betul dak? 🙂

Read Full Post »

Raya tahun ni sangat bermakna untuk mak aku berbanding raya 2006 & 2007…3 hari sebelum raya 2006 rumah kami dipecah masuk perompak…waktu tu kami xde kat rumah…habis rumah kami cuma tinggal rangka…dan lagi menyedihkan rumah & tanah itu telah dinamakan atas nama org lain…jadi kami decide untuk tidak membaikinya…kerana rumah ini bukan lagi milik kami…

Rumah Lama Kami 1985 - 2006

Rumah Lama Kami 1985 - 2006

Raya 2006 & 2007 kami cuma beraya disebuah rumah usang milik bapak sedara kami…ekceli bukan rumah tapi opis merangkap stor baja2 tembakau…tahun ni kami adik beradik berpakat untuk tambahkan duit mak bulan2 supaya dapat sewa rumah yg elok sedikit…1 Ogos 2008 dapatlah rumah sewa tu…takdelah hebat…rumah kampung aje…tapi selesa la tinggal situ…

Rumah Sewa 2008

Rumah Sewa 2008

Ops ada awek cun plak dalam gambar ni…amaran…bukan tujuan promosi…adik pompuan aku da…heheh…kete hitam tu adik aku yang kat penang belikan untuk mak aku…senang nak kesana kemari…bukan adik yg dalam gambar tu…heheh

Untuk memeriahkan lagi raya tahun ni…abang aku hadiahkan meja makan & kerusi ruang tamu untuk mak aku…hepinyer dia…rumah hampir lengkap…

Hadiah Dari Abang

Hadiah Dari Abang

Untuk melengkapkan lagi isi rumah…aku & adik aku hadiahkan mesin basuh untuk mak aku…kesian duk basuh baju pakai tangan…sekarang takpelah masih kuat…esok2 sape tahu…nak angkat berus pon x larat ke…

Mesin Basuh Untuk Ibu

Mesin Basuh Untuk Ibu

Lengkaplah rumah kami raya tahun ni…Alhamdulillah…rezeki mengalir laju selepas tersekat dek kemarau panjang…yang penting…sabar…:)

Read Full Post »

Tingkap Rumah Sewa Baru Kat Kampung

Gambar Tiada Kena Mengena Dengan Entry

Takkanlah sungguh seluang ke laut, dipukul ombak balik ke pantai…nak cakapnya kalau dah ada hosting free tak usahlah nak pakai yang berbayor…last2 berbalik pada yang free jugak…asalnya free maka balik pada yang free…heheh…bulan depan hosting berbayor aku dah nak expired…malas la nak sambung balik…baziaq ja bukan selalu mengarang pon…sekarang dah slow…membe2 pon dah slow mengarang…ekceli nak balik pada blogspot…tapi dari wordpress xleh export ke sana so pakai wordpress ja la…sayang plak nak buang yg lama2…

Hari ni hari ke dua aku kat opis lepas raya…opis masih lengang…raya sakan nampak deme2 ni…kepada membe2 yg ada link ke blog aku tukar la dari abeming.com kepada abeming.wordpress.com ye…

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin…

Read Full Post »